Monday, August 19, 2024
Sejarah Penubuhan Sekolah SK Tagas-Tagas Beluran
Sekolah Kebangsaan Tagas-Tagas atau nama ringkasnya SK Tagas-Tagas, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak dalam kawasan Pedalaman Beluran. Sekolah ini beralamat SK Tagas-Tagas Peti Surat 178, 90107 Beluran, Sabah, Malaysia. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah kurang murid (SKM).
Menurut Sejarah Tempatan, nama Sekolah Kebangsaan Tagas-Tagas diambil sempena nama kampung iaitu Kampung Tagas-Tagas. Dari segi Istilah "Tagas-Tagas" diambil daripada nama sejenis kayu yang banyak terdapat di kampung ini pada suatu ketika dahulu. Kayu ini merupakan antara kayu yang berkualiti selain daripada kayu belian.
Antara sumber ekonomi utama penduduk kampung di sini ialah dengan mengerjakan ladang kelapa sawit.Kampung ini dijuga dikelilingi oleh sungai yang turut menjadi sumber air dan makanan kepada penduduk kampung. Air hujan merupakan sumber tadahan utama bagi memasak, mencuci, mandi, dan sebagainya. Dan sekiranya musim kemarau, air sungai akan di pam dan digunakan dalam urusan harian.
Sungai di kampung ini juga kaya dengan pelbagai hidupan yang menjadi sumber makanan kepada kampung ini seperti udang galah, baung, ikan merah, ikan ubi dan bermacam-macam lagi.
Pada 2014, Sekolah Kebangsaan Tagas-Tagas memiliki seramai 87 orang murid, 15 orang guru dan 2 anggota kumpulan sokongan.
SK Tagas-Tagas berada di bawah kelolaan PPD Beluran. Pada suatu ketika dahulu, bot atau feri menjadi kenderaan wajib untuk tiba di sekolah ini. Namun, pada hari ini kenderaan darat menjadi pengangkutan utama setelah pembinaan jambatan siap beberapa tahun dahulu.
Catatan:
Oliyabra Madyusa
Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2024
Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2024
SK Tagas-Tagas Beluran
Tarikh: 7 Ogos 2024 (Rabu)
Masa: 8:00 pagi
Tempat: SK Tagas-Tagas
Kejohanan Olahraga Tahunan 2024
Kejohanan Olahraga Tahunan 2024
SK Tagas-Tagas Beluran
Tarikh: 21-22.08.2024
Tempat: Padang SK Tagas-Tagas
Masa: 7:00 pagi - 12:30 tengahari
Tentatif Program
21.08.2024
1. Sukaneka Prasekolah
2. Acara Padang
22.08.2024
1. Acara Balapan
2. Sukan PIBG
Turut diadakan cabutan tiket bertuah
Sunday, August 18, 2024
Lawatan Kesihatan Pergigian Beluran ke SK Tagas-Tagas
Lawatan Kesihatan Pergigian Beluran
Ke SK Tagas-Tagas 2024
Tarikh: 8 hingga 9.8.2024 (Rabu & Khamis)
Masa: 8:00 pagi hingga 12:30 tengahari
Tempat: SK Tagas Tagas
Dialog Prestasi 2024
Dialog Prestasi 2024
SK Tagas-Tagas
Tarikh: 19.7.2024 / Jumaat
Masa: 7:30am
Tempat: SK Tagas-Tagas
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kokurikulum
-
Lawatan Kesihatan Pergigian Beluran Ke SK Tagas-Tagas 2024 Tarikh: 8 hingga 9.8.2024 (Rabu & Khamis) Masa: 8:00 pagi hingga 12:30 ten...
-
Kejohanan Olahraga Tahunan 2024 SK Tagas-Tagas Beluran Tarikh: 21-22.08.2024 Tempat: Padang SK Tagas-Tagas Masa: 7:00 pagi - 12:30 tengahari...